Jumaat, 10 Julai 2009

kurang kalsium....


kesan terlebih diet.....


tgh dating...


nak tdo jugak....


gebu....


kucingku.....


MIEOooowwww...







comel kan....


























Anda menghadapi masalah sembelit,buasir,berat badan

Anda menghadapi masalah sembelit,buasir,berat badan? jgn risau..dgn hanya RM20 anda boleh menyelesaikan masalah anda.. tel @ sms 0199470583 tq
Selamat Datang ke dunia PHYTO FIBER
PHYTO FIBER diperbuat dari Rosselle, Oat, Hawthorn Berry, Psyllium Husk, Enzim Buah-buahan dan Fruktosa. PHYTO FIBER adalah minuman diet dan dapat membantu menyingkirkan toksin, melangsingkan badan, mengempiskan perut, mengatasi masalah sembelit, menanggalkan najis terlonggok dan menggebukan kulit serta awet muda.
PHYTO FIBER dirumus khas untuk :-
* menanggalkan najis terlonggok* mengatasi masalah sembelit* memperbaiki sistem penghadaman* merendahkan kolestrol buruk darah* menstabilkan glukos darah* mengawal perasaan ingin makan* mengurangkan berat badan* meramping dan melangsingkan badan* memperbaiki corak tidur* memperbaiki keadaan kulit* menyingkirkan toksin terkumpul dalam badan* memperbaiki daya pemikiran dan tumpuan* memperbaiki sistem imunisasi* mencegah kanser* mencegah masalah kesihatan kronik* melegakan kesakitan badan* memperkukuhkan organ dan awet muda* mengekalkan kesegaran dan sentiasa bertenaga
Cara pengambilan :
Untuk penjagaan kesihatan :-1 peket ~ sebelum makan tengahari atau sebelum tidur.
Untuk Kesan Langsing:-___________________
1 peket ~ sebelum makan tengahari1 peket ~ sebelum makan malam
Cara hidangan :-______________
Tuang satu pek Phyto Fiber ke dalam Shaker ~ 200-300ml air sejuk. Bancuh dan minum dengan segera.
Boleh juga di campurkan dgn jus buah2an.
Posted at 05:33 pm by pytofiber123Make a comment Permalink
PYTOFIBER- PEMBERSIHAN USUS DALAMAN
PEMBERSIHAN USUS DALAMAN
Masalah usus dalaman adalah disebabkan oleh,Pengambilan makanan berlebihan yang mengandungi
* Protein yang bertahap tinggi, daging seperti daging lembu, kambing/bebiri dan lain-lain.* Kalori yang bertahap tinggi seperti makanan yang bergoreng, makanan yang berlemak binatang dan* Makanan yang telah disiapkan seperti makanan segera, minuman berkarbonat, kek, makanan dalam tin dan lain-lain.
Dan,Kekurangan atau tidak cukup pengambilan makanan yang mengandungi
* Serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayuran, kekacang dan lain-lain.
HASILNYA
1 FUNGSI PENGHADAMAN YANG TIDAK MEMUASKAN2 USUS -Tempat pembiakan bakteria yang merbahaya3 KEMUNCULAN PENYAKIT BARU
Kewujudan beribu-ribu bakteria yang merbahaya adalah disebabkan oleh makanan yan tidak dihadamkan dengan sempurna di dalam usus. Sebagai akibatnya, badan akan menghasilkan toksin yang akan mendatangkan keburukan kepada badan yang sihat. Inilah bagaimana koprostasis terperangkap di dalam tubuh dan menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit.
DENGAN ITU KEBERSIHAN USUS DALAMAN ADALAH SATU KEMESTIAN & ADALAH ASAS YANG TERBAIK UNTUK TUBUH YANG SIHAT.
KELANSINGAN
Satu tanda bahaya kepada obesiti yang melampauSetiap manusia lebih suka mempunyai badan sihat dari segi fizikal, tidak berlemak dan bentuk tubuh yang lansing.
Daging yang berlebihan adalah satu halangan untuk perjalanan ke arah kecantikan yang sempurna. Ia juga menimbulkan masalah kesihatan yang rumit.
Pakar kesihatan menasihatkan dalam pengambilan makanan yang mengandungi kadar serat yang tinggi. Ini adalah kerana pengambilan makanan yang berserat tinggi dapat membantu :-
* Mempunyai rasa kekenyangan yang cukup dan menghindari pemakanan berlebihan* Melarutkan dan membakar lemak yang berlebihan di dalam tubuh* Meningkatkan kadar metabolisme* Menghapuskan lemak yang berlebihan
MAKANAN BERSERAT TINGGI YANG BAIK :-
3 BAHAN UTAMA
SERAT TUMBUHAN
Serat tumbuhan termasuklah serat yang boleh larut di dalam air atau sebaliknya. Serat yang larut memberikan rasa kekenyangan manakala serat tidak larut membantu mengurangkan koprostasis.
* Serat tumbuhan membantu mengurangkan ciri-birit dan menyerap air yang berlebihan di dalam usus.* Berfungsi sebagai pelincir kepada usus dengan mempertingkatkan laluan bahan buangan dalam saluran usus.* membantu untuk menyingkirkan “koprostasis” dan mengurangkan risiko kanser usus.* Membantu mempertingkatkan pergerakan peristalsis usus, mengurangkan sembelit dan masalah seperti buasir dan nafas berbau.* Membantu membersihkan sisa bendasing dalam usus untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi perkembangan bakteria baik dan menyihatkan fungsi sistem badan.* Membantu mengurangkan lemak dan paras kolesterol, mengurangkan sintesis kolesterol tidak baik.* Memberikan perasaan kekenyangan, boleh membantu orang yang berlebihan berat badan untuk mengawal selera makan mereka.
ROSELLE
Roselle kaya dengan vitamin B dan C (ia adalah lebih tinggi antara buah-buahan tempatan)
* Sebagai bahan menggalakkan pembuangan urin semulajadi dan membantu mempertingkatkan pengeluaran urin.* Ia membantu merendahkan kepekatan darah, melancarkan pengedaran darah dan merendahkan tekanan darah.* I a mengandungi asid sitrik semulajadi yang menyejukkan dan boleh membantu menurunkan suhu demam panas.* Ia juga kaya dengan vitamin C yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan kecederaan.* Ia mencantikkan kulit, mengurangkan jerawat dan masalah kulit.* Ia mengandungi anti-oksida semulajadi, membantu menghindari kerosakan sel dan mengurangkan peluang pengoksidaan kerosakan hati.
BIJIRIN OATS
Bijirin oat mengandungi zat makanan asid amino, vitamin B1, kalsium, besi, serat yang boleh larut.
* Oat adalah sejenis makanan yang berkhasiat yang disyorkan oleh pakar-pakar pemakanan* Kaya dengan bran dan fiber yang bermanfaat untuk sistem penghadaman.* Membantu mengurangkan tekanan darah dan paras kolesterol, mengurangkan risiko kardiovaskular, serangan jantung dan lumpuh.* Sebagai anti-depresi semulajadi yang berfungsi seperti tonik untuk saraf* Membantu melegakan sakit kepala dan keletihan* Mengandungi kalsium, yang membantu menguatkan gigi dan tulang.
1. Apakah itu fiber?
Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.
Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.
2. Apakah kepentingan Fiber terhadap kesihatan manusia?
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.
3. Siapakah memerlukan fiber?
Setiap orang memerlukan fiber tiap-tiap hari, terutamanya pesakit diabetis, orang yang berlebihan berat badan dan obesiti.
4. Berapakah jumlah pengambilan fiber yang sesuai bagi seseorang setiap hari dan apakah cara pengambilannya?
Menurut cadangan pakar pemakanan, jumlah pengambilan fiber yang disyorkan bagi seseorang setiap hari adalah di antara 20-35 gram. Anda dicadangkan untuk menambah kuantiti pengambilan sedikit demi sedikit. Minumlah lebih banyak air apabila kuantiti pengambilan fiber kian menambah . 8 gelas air dicadangkan untuk diminum setiap hari.
5. Bilakah akan timbulnya kesan tindakbalas selepas pengambilan Phyto Fiber?
Secara umumnya, selepas mengambil Phyto Fiber selama 8-12 jam, akan timbul keperluan untuk membuang air besar. Namun, hal ini tertakluk kepada keadaan tubuh badan masing-masing..
6. Bagaimanakah fiber membantu merangsang sistem penghadaman?
Fiber akan melancarkan proses penghadaman. Lendiran fiber berupaya melicinkan usus dan menyingkirkan bahan buangan lalu memelihara kesihatan bahagian usus.
7. Benarkah fiber dapat membantu mengawal berat badan?
Fiber berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut dan membuatkan anda berasa kenyang. Hal demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori . Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang baik dan rajin bersenam juga membantu dalam pengawalan berat badan.
8. Adakah pengambilan fiber akan mengakibatkan ketidakcukupan garam mineral atau menghapuskan bakteria yang bernas?
Menurut laporan kajian semasa, fiber tidak akan mengakibatkan masalah yang sedemikian. Sebaliknya ,bakteria bernas turut bergantung kepada fiber untuk bertumbuh dan membiak.
TESTIMONI PENGGUNAAN PRODUK
TESTIMONI 1.Saya telah lama menghadapi masalah sembelit di mana saya hanya membuat air sekali dalam 2-3 hari. Oleh itu perut saya kelihatan sedikit buncit. Penampilan say tidak menarik. Selepas 8 jam saya mengambil Phyto Fiber, saya berasa tidak selesa perut dan terus melulu ke tandas. Saya amat berpuashati kerana dapat membuang air besar dalam jangkamasa yang begitu pendek tanpa menyakitkan walaupun najisnya agak keras. Dengan keyakinan ini saya telah menggunakan PF dua kali sehari dan selepas itu buhan sahaja masalah sembelit saya dapat diatasi tetapi berat badan saya juga telah turun 2kg dalam sebulan. Ia adalah di luar jangkaan kerana saya tidak mengharapkan untuk menurunkan berat badan. Selain itu saya juga kurang merasa lapar dan letih.
TESTIMONI 2Pengalaman peribadi menggunakan phytofiber : lepas bersalin kali kedua hari tu, saya berdepan dengan masalah ’sembelit’ kiranya serius tahap maharaja dah la sembelit tu… apa tidaknya, dalam tempoh 30 hari, 3x ajer ‘membuang’… dengan sakit, dengan darah-darah.. setiap kali ke ‘toilet zone’ amik masa 45 minit (paling kejap!)… ramai yang nasihat itu ini… semua saya dah buat, sebut jer la apa : – makan buah banyak2? sudah… – makan sayur 3-4 mangkuk sehari? sudah… – ambil buah atau jus prune? sudah… – ambil pil sembelit dari doktor? pun sudah… last2, sorang doktor sarankan “cari mana2 produk fiber…” terusss teringat phytofiber alhamdulillah… penyeksaan di ‘toilet zone’ tiada lagiiiii… dah boleh senyum tetiap pagi!
TESTIMONI 3Sejak kecil lagi saya telah mengalami masalah sembelit dan perut kerap masuk angin. Kadang-kadang hampir seminggu baru saya dapat membuang air besar. Klinik yang berdekatan sudah kenal dengan masalah saya. Kadangkala badan saya rasa begitu lemah dan perut kembung seperti gendang terutama pada hari yang kelima. Setelah saya menggunakan PF yang diberikan oleh rakan karib. Pada permulaan, ia tidak memberi sebarang kesan tetapi apabila dinasihatkan terus menggunakan dan meminum lebih air. Akhirnya saya dapat mengeluarkan najis yang luarbiasa banyaknya dengan warna yang hitam dan busuk. Apa yang lebih gembira ialah berat badan saya kini sudah turun sebanyak 3kg dalam 3 minggu dan perut saya tidak lagi kembung. Kini saya rasa lebih sihat, bertenaga dan ceria
Testimoni 4Sebelum ini saya mengalami masalah gastrik disebabkan oleh ketidatentuan masa makan kerana terlalu sibuk. Saya menggunakan pelbagai jenis produk yang berasaskan fiber yang ada di pasaran dengan kesan yang amat menyeksakan dimana saya mengalami cirit birit dan sakit perut. Selepas membuang air besar, perut saya menjadi lapardan membuatkan saya tidak yakin dgn produk fiber. Tapi keadaan berubah apabila saya mencuba PF. Kesannya cukup menakjubkan. Saya tidak lagi mengalami masalah cirit birit, sakit perut dan lapar selepas membuang air besar. Masalah gastrik yang saya alami telah beransur pulih dan badan saya semakin sihat sekarang.
Testimoni 5
PERGI TANDAS DENGAN SELESANYA!Kurang 8 tahun dahulu, saya sudah mengalami masalah sembelit. Saya buang air besar hanya 1 kali dlam 2 hingga 3 hari. Setiap kali, saya terpaksa menggunakan banyak tenaga dan masa dalam tandas. Oleh itu, masalah sembelit ini telah menggangu kehidupan saya.Saya cuba makan banyak buah2an dan sayur2an untuk melawaskan pembuangan air besar, namun ia tidak berkesan. Kawan saya telah memperkenalkan Phyto Fiber kepada saya. Selepas mencuba, masalah sembelit telah bertambah baik dan berat badan saya berkurang sebanyak 4kg.Ribuan terima kasih kepada Phyto Fiber, kini saya dapat pergi ke tandas dengan selesanya. ~ Sim Mei Cheng, Johor.
Testimoni 6
Saya menghadapi masalah sembelit sejak beberapa tahun yang lalu kerana mengabaikan buah2an dalam amalan pemakanan harian saya. Biasanya orang lain buang air besar setiap hari tetapi saya hanya buang air besar seminggu sekali. Sembelit dan perut kembung membuatkan saya menderita. Saya telah mencuba pelbagai jenis produk sebelum ini tetapi gagal menyelesaikan masalah saya.Selepas mengetahui Phyto Fiber boleh mempertingkatkan pergerakan peristaltik usus, sya tidak sabar untuk mencubanya. Seperti yang dijangka, ia terbukti berkesan! Dalam 2 minggu pertama, najis saya berwarna gelap dan bau busuk. walau bagaimana pun, keadaan saya menjadi semakin baik selepas itu.Terima kasih kepada Phyto Fiber keran membantu saya menyelesaikan masalah sembelit. ~ Lim Cheong Bing, Pantai Remis.
Testimoni 7 – Guna PEK PERCUBAAN -
Saya adalah salah sorang yg begitu teringin utk menurunkan berat badan. Namun begitu menghadapi masalah sembelit. Setelah mencuba PEK PERCUBAAN, proses pembuangan menjadi lancar..Menakjubkan kerana saya turun 1 kg dlm masa 3 hari.Pernah makan produk diet utk 10 hari tetapi hampa kerana tidak turun langsung .Atas nasihat kawan, saya terus membeli pula PEK PERCUBAAN Pytofiber.Alhamdulillah!!
**************************************************************************
SEBELUM SELEPAS
TESTIMONI :Kerjaya : Anggota Keselamatan / Asal : JBMasalah : kegemukan, sembelit, darah tinggi dan migrain.Produk : PHYTO FIBER / Jangkamasa Guna : 45 hari
Posted at 05:37 pm by pytofiber123Make a comment Permalink
TOKSIN DAN SEMBELIT
PENGAMALAN CARA HIDUP MODENDAN PENGUMPULAN TOKSIN
Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat banyak najis terlonggok.
Apakah itu sembelit dan najis terlonggok?
Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata ~ Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus… Sebenarnya anda silap. Walaupun kita membuang air besar setiap hari, ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit dan najis terlonggok.
Apa itu najis terlonggok?
Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika dating haid. Justeru itu, cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan di atas adalah menghapuskan masalah sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.
Posted at 05:55 pm by pytofiber123Make a comment Permalink
SUDUT KESIHATAN
MENYAHTOKSIK RAHSIA UNTUK KEKAL MUDA DAN SIHAT
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.
BEBERAPA MASALAH KESIHATAN BIASA YANG DI KAITKAN DENGAN PENGUMPULAN TOKSIN TERMASUK:
- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah- Sembelit atau cirit-birit yang kerap- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.- Kuku dan rambut yang rapuh- Badan dan nafas berbau- Sering sakit kepala- Sakit leher , bahu , sendi dan otot- Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk- Imsomnia –masalah tidur- Meradang dan kemurungan- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid- Berat badan dan pembendungan air dalam badan- Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap- Alergi dan pengidaman makanan- Peningkatan tekanan darah- Kurang tenaga syahwat.
APA YANG ANDA DAPAT JANGKAKAN DARI PROGRAM MENYAHTOKSIK YANG BAIK
* Kesihatan keseluruhan yang lebih baik – rasa lebih bertenaga dan cergas* Daya ketahanan badan yang lebih kuat* Fungsi penghadaman yang lebih baik – kurang angin dan senak* Pembuangan air besar yang kerap* Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik* Kulit yang lebih cerah dan sihat* Badan yang lebih langsing* Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana mereka berada di mana-mana sahaja.
Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar,antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.
Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bacteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.
Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran.
Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.
Makanan dapat diibaratkan sebagai bahan bakar yang paling mustahak untuk manusia. Ia boleh dikatakan bahawa kesihatan kita adalah dibina daripada makanan yang kita makan pada setiap hari. Walaupun pembangunan yang pesat dalam ekonomi negara, peningkatan taraf kehidupan dan kemajuan teknologi perubatan, tetapi kesihatan kita tidak semestinya meningkat secara mendatar. Sebaliknya, semakin ramai menghidap penyakit moden pada masa kini. Untuk mengelakkan penyakit moden, pemilihan makanan berkhasiat untuk kesihatan menjadi isu yang hangat untuk zaman moden ini. Menurut Hippocrates (460-377 B.C.) dari Greek, dia juga dikenali sebagai “father of Medicine”. Beliau pernah berkata, :” Food is your medicine, and you are the doctor of your body, but no one else” yang bermaksud bahawa makanan adalah ubat semulajadi anda, dan anda adalah doktor kepada badan anda, tiada sesiapa pun dapat menggantikannya.Bagaimanakah memilih makanan yang sihat? Cara-cara untuk menjaga kesihatan badan seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, mengawal berat badan, mencegah penyakit kanser , tekanan darah tinggi dan penyakit jantung; cara-cara ini telah memaparkan satu prinsip yang sama, iaitu “3 RENDAH 1 TINGGI”. Prinsip ini mengutamakan makanan lemak yang rendah, mengurangkan pengambilan gula dan garam serta meningkatkan pengambilan fiber.
RENDAH LEMAK
Lemak adalah sumber yang baik dan diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan. Ia boleh membekalkan tenaga kepada badan manusia. Sumber lemak boleh didapati daripada minyak masakan, makanan tinggi lemak seperti makanan bergoreng, kuih-muih dan daging. Pengambilan makanan yang tinggi dalam lemak akan menyebabkan tenaga mudah distor dalam tisu adipos tubuh. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak lemak boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, angin ahmar, kegemukan dan lain-lain masalah kesihatan.Memilih minyak berlemak rendah seperti minyak zaitun atau minyak tumbuhan, mengurangkan pengambilan makanan bergoreng, makanan daging, kuih-muih tinggi lemak, snek dan kekacang merupakan cara yang baik untuk mencegah diri daripada makanan berlemak tinggi. Di samping itu, cara masakan seperti stim, kukus, memanggang dan rebus boleh mengurangkan pengambilan lemak dalam tubuh. Manakala dari segi makanan berdaging, digalakkan mengambil daging putih seperti hasilan laut, ayam dan mengurangkan daging merah seperti lembu dan kambing. Ini adalah kerana daging putih kurang kolesterol dan lemak jika dibandingkan dengan daging merah.
RENDAH GULA
Granul Gula adalah sumber utama rasa manis dalam makanan. Gula digunakan secara meluas dalam industri makanan memproses dan snek yang manis. Ramai orang mengemari memakan makanan yang diproses dan makanan manis pada zaman kini. Walau bagaimanapun, gula hanya memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan, ketidakseimbangan nutrisi dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.Pengambilan makanan yang manis untuk suatu jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah kesihatan seperti kegemukan, mempengaruhi menjejaskan selera seseorang, mengakibatkan kerosakan gigi, meningkatkan kandungan bakteria yang berbahaya dalam usus badan dan sebagainya.Untuk menjamin kesihatan anda, pengawalan pengambilan gula dan makanan manis adalah sangat penting. Kurangkan pengambilan snek yang bergula tinggi, minuman bergula dan kuih-muih yang manis.
RENDAH GARAM
Garam adalah unsur utama menambahkan rasa makanan. Makanan yang kurang garam akan menyebabkan seseorang tiada selera untuk memakan. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Garam yang berlebihan dalam tubuh juga membebankan pesakit buah pinggang. Orang yang sihat dinasihatkan supaya pengambilan garam dalam purata hariannya tidak melebihi 6-8g. Manakala pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi pula dinasihatkan supaya mengehadkan kadar pengambilan garam. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang telah mengambil garam yang lebih daripada apa yang disyorkan.Cara mengurangkan pengambilan garam termasuk mengehadkan penggunaan garam dalam masakan, kurangkan makanan mengasin, rempah segera, makanan mengetin dan makanan segera. Selain daripada itu, anda juga digalakkan supaya selalu menyediakan makanan sendiri di rumah dan menggelakkan memakan di luar.
TINGGI FIBER
Fiber tumbuhan seperti beras kasar, oats psyllium husk, hawthorn berry adalah pelincir usus semulajadi . Fiber boleh mengurangkan masa yang diambil oleh sisa makanan untuk melalui saluran usus besar. Fiber membantu mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya daripada tubuh badan. Ia dapat membantu membersihkan kolon secara efektif, menggalakkkan pertumbuhan bakteria baik dan merendahkan risiko penyakit kolon supaya badan akan sentiasa berada dalam keadaan optimum.
Selain daripada itu, fiber juga berefektif untuk mengawal berat badan dengan memberikan perasaan kenyang dan membantu mengawal paras lemak dan kolesterol dalam badan. Maka, makanan berfiber tinggi boleh mendatangkan manfaat untuk kesihatan badan.Kami boleh mengamalkan prinsip “3 Rendah 1 Tinggi” dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan mengurangkan makanan daging, makanan diproses, makanan segera, minyak berlemak tinggi dan perisa-perisa yang lain. Phyto Greens dan Phyto Fiber adalah produk dirumus khas yang berdasarkan prinsip ” 3 Rendah 1 Tinggi ” untuk memberikan nutrisi yang seimbang kepada anda.
Usus Bermasalah Mengundang Penyakit Usus Kita
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.
Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.
Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.
Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Masalah Usus Dan Sembelit Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.
Apa Itu Penyahtoksifikasi?
Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.
Kelebihan Pembersihan Usus
Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.
Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, “Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.
Pemakanan
- Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).
- Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.
- Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.
- Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.
- Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).
FAKTA MENGGEMPARKAN:
• 90% PELBAGAI PENYAKIT ADALAH BERKAITAN DENGAN USUS YANG TIDAK BERSIH[KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
• 500,000 KEMATIAN DI SELURUH DUNIA ADALAH DISEBABKAN KANSER KOLON[THE STAR, 13 MEI 2004]
• 5 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENGALAMI PELBAGAI MASAALAH PENGHADAMAN SEPERTI KESAKITAN BAHAGIAN PERUT, KEMBUNG, SEMBELIT DAN LAIN-LAIN.
USUS KOTOR, PUNCA PELBAGAI PENYAKIT!
BUASIR
Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.
Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran
•Buasir Dalaman:
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
•Buasir Luaran:
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
PENYEBAB UTAMANYA
•Sentiasa duduk•Meneran (ketika najis keras atau sembelit)•Cirit-birit•Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama•Batuk yang teruk•Bersalin•Mengangkat berat
PENCEGAHAN
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:•Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.•Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.•Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.•Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut. Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.
PENGURUSAN SENDIRI
•Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 – 2 liter sehari•Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.•Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidursetelah meminum segelas besar air.•Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).•Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
Kanser kolorektal bermula pada usus
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
SIMPTOM buasir sering disalah anggap sebagai kanser kolorektal iaitu gabungan kanser kolon dan rektal. Bukan hanya kerana kedudukannya sama ada di luar dubur atau di hujung salur najis, tetapi rupanya yang bengkak dan tersembul keluar memang nampak seperti ketumbuhan menakutkan.
Malah, simptom buasir seperti sukar membuang air besar, rasa tidak puas walaupun berkali-kali berulang ke tandas dan najis berdarah mungkin boleh menjadi petanda awal penyakit lain seperti kanser kolorektal.
Bagaimanapun, buasir bukan penyebab kanser kolorektal dan tiada kaitan dengan penyakit berbahaya itu.
Kanser kolorektal adalah kanser ketiga biasa di dunia selepas paru-paru dan payudara, dengan anggaran kira-kira 3,500 kes baru setiap tahun di negara ini.
Kanser kolorektal adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus atau rektum (bahagian akhir usus besar yang menyimpan bahan buangan sebelum ia dibuang sebagai najis).
Setiausaha Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Mohamed Ibrahim Wahid, berkata kanser usus adalah sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser.
Proses ini mengambil masa bertahun-tahun tetapi ramai membiarkannya berlaku. Walaupun menyedari mereka mula mengalami masalah membuang air besar, ramai beranggapan ia perkara normal.
Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan simptom, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.
Antara simptom lain termasuk berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut rasa memulas, terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu), perut rasa tidak selesa (kembung atau senak), muntah, hilang selera makan tanpa alasan tertentu dan sentiasa rasa penat. Pada keadaan serius, pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar.
“Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, simptom ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.
“Jadual ke tandas ini juga berbeza antara individu. Jangan bandingkan jadual kita dengan orang lain kerana ada orang hanya pergi tandas seminggu sekali dan itu adalah normal baginya. Apabila jadual ini berubah, contohnya kepada sebulan dua minggu sekali dan disertakan simptom lain, segeralah berjumpa doktor,” katanya dalam seminar kesihatan anjuran Pfizer Malaysia.
Puncanya masih tidak difahami sepenuhnya, tetapi banyak faktor dikatakan menyumbang kepada kanser kolorektal. Antaranya:
# Umur — Golongan berumur 40 tahun ke atas lebih berisiko. Lebih 90 peratus kes kanser kolorektal di Malaysia memb a b i tkan pesakit berumur 40 tahun ke atas.
# Polip — Kebanyakan kanser kolorektal bermula dengan polip. Ketumbuhan bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar dan sesetengah polip boleh berubah menjadi kanser. Jika ia dapat dikesan, polip ini akan dibuang, walaupun ia tidak berbahaya.
# Sejarah keluarga — Individu yang ada ahli keluarga mendapat kanser kolorektal juga berisiko tinggi mengalami masalah sama.
# Sejarah diri — Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus juga boleh mendapat kanser kolorektal.
# Pemakanan — Pemakanan yang kaya lemak dan kurang serat juga dikatakan boleh menyebabkan kanser usus.
# Rokok — Merokok meningkatkan risiko pembentukan polip.
# Berat badan dan aktiviti fizikal — Individu yang kurang bersenam dan obes meningkatkan risiko mereka mendapat kanser. Bersenam memudahkan anda untuk buang air besar.
# Ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs) dikatakan boleh mengurangkan risiko pembentukan polip.
# Orang Cina lebih ramai mendapat kanser kolorektal, tetapi orang Melayu mendapatnya pada umur lebih muda.
Perunding Pembedahan Kolorektal, Dr Aktar Qureshi, berkata sindrom keluarga kanser — iaitu sama ada tiga ahli keluarga mendapat kanser (payudara, usus, ovari atau endometriosis); atau dua ahli keluarga terdekat (ayah, ibu atau adik-beradik mendapat kanser) atau seorang ahli keluarga mendapat kanser sebelum berumur 50 tahun — adalah keluarga berisiko tinggi mendapat kanser kolorektal.
Katanya, pada forum kesihatan umum anjuran Pusat Perubatan Sunway, kanser kolorektal didiagnos melalui dua cara iaitu kolonoskopi (memeriksa seluruh usus menggunakan alat khas yang dimasukkan ke dalam dubur) dan kolonoskopi virtual secara imbasan Scan.
Walaupun kaedah kedua lebih canggih, cepat dan kurang risiko, ia tidak dapat memastikan saiz sebenar ketumbuhan dalam usus. Malah, alat kolonoskopi biasa masih perlu digunakan untuk membuang polip dalam usus.
Sebagaimana kanser lain, kanser kolorektal dirawat secara pembedahan (dipanggil kolostomi untuk membuang ketumbuhan, sebahagian usus dan nodus limfa yang berhampiran), kemoterapi dan radioterapi.
“Kekerapan untuk pemeriksaan kesihatan usus bergantung kepada faktor risiko dihadapi seseorang, tetapi biasanya lima atau enam tahun sekali sudah memadai kerana kanser kolorektal mengambil masa kira-kira lapan tahun untuk berkembang,” katanya.
Walaupun tiada kaedah khusus untuk mengelakkan kanser kolorektal, kita boleh merendahkan risiko dengan mengamalkan pemakanan kaya serat, bersenam selalu dan kekalkan berat badan seimbang.
Boroi petanda bahayaOleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDINnorlaila@hmetro.com.my
SETIAP kali membeli barang keperluan untuk diisi dalam rak dapur, penulis menghabiskan banyak masa cuba memahami makna label yang sehalus semut untuk mengetahui kandungan barang dibeli.
Lama membelek dan membandingkan dua tiga jenama, termasuk yang baru di pasaran, akhirnya penulis mencapai barangan lebih popular di arena iklan dan maklumat pada label ditolak ke tepi – kerana tidak faham.
Bertanya kepada rakan, rupa-rupanya penulis tidak bersendirian. Ramai juga tidak ‘berapa tahu’ makna terselindung di sebalik senarai panjang bahan, terutama nama saintifik seperti tertera di bungkusan pembalut.
Pakar Diet Weight Management Information Center Berhad (WMIC), Lee Ching Li, berkata kurang faham mengenai maklumat pemakanan pada barang dibeli menyebabkan ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun kurang makan.
Malah, tidak kurang merungut dan berputus asa melihat jarum penimbang menunjukkan angka lebih besar sebelum mereka mengamalkan diet dan hanya makan makanan terpilih.
“Bahan yang terkandung dalam makanan disenaraikan mengikut kuantiti. Bahan yang ditulis dulu atau pada kedudukan teratas, kuantitinya paling banyak. Jika tidak ditulis beratnya pun, kita masih boleh buat anggaran kasar.
“Caranya mudah. Contohnya kandungan gula. Semua perkataan berakhir dengan -sa seperti sukrosa, glukosa, maltosa atau fruktosa adalah gula. Madu, gula tebu, susu pekat, molasses dan sebarang sirap buah juga adalah gula. Jadi kiralah berapa kali nama-nama ini ditulis.
“Begitu juga lemak. Perkataan minyak, lemak dihidrogenkan separa atau penuh, lemak sayuran, mentega, marjerin, lelemak, lemak konfeksionari atau lemak gantian semuanya membawa makna sama: lemak.
“Nama saintifik memang boleh mengelirukan kita, tetapi ambil cara yang mudah. Ingat perkataan yang berakhir dengan -sa adalah gula dan semua sodium, tidak kira apa jenisnya adalah garam,” katanya.
Perkara kedua penting untuk diberi perhatian adalah saiz hidangan. Boleh dikatakan hampir semua makanan kini disertakan dengan saiz hidangan yang dicadangkan pengeluar bersama peratusan kandungannya dan jumlah kalori.
Jika ditulis satu hidangan bersamaan tiga keping biskut atau 250 mililiter jus buah, bermakna kita disarankan makan tiga keping biskut saja atau minum 250 mililiter jus sehari.
“Jika kita makan enam keping biskut, bermakna kita makan dua hidangan. Kandungan lemak dan gulanya mungkin jauh lebih tinggi daripada sepinggan nasi. Ini antara punca ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun mereka tidak makan nasi,” katanya.
Pengarah Eksekutif WMIC, Pauline Low, pula berkata pengurusan berat badan perlu bermula sejak kecil, seawal mungkin dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam kerana ketika ini anak lebih mudah dilatih.
Lebih penting, ibu bapa perlu menjadi teladan terbaik kepada anak-anak. Caranya juga mudah iaitu kurangkan makan di luar, sebaliknya masak sendiri makanan anda dengan memilih resipi menyihatkan serta kurangkan makanan diproses (seperti nugget, daging burger, sosej, biskut).
“Jangan jadikan ‘makanan’, terutama makanan segera, sebagai hadiah untuk anak atau diri sendiri. Kunjungan ke restoran makanan segera pula tidak seharusnya menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu anak-anak.
“Sesekali makan di luar itu bagus untuk mengeratkan ikatan keluarga, tetapi ajarlah anak memilih sajian menyihatkan. Contohnya, mi sup jauh lebih menyihatkan daripada mi goreng atau galakkan anak memilih hidangan yang banyak serat kerana ia cepat mengenyangkan,” katanya.
Bimbang dengan peningkatan kanak-kanak obes, Low berkata, ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan pemeriksaan untuk memastikan ia bukan disebabkan masalah kesihatan.
Bagaimanapun, kanak-kanak tidak perlu mengamalkan diet kerana mereka, terutama yang aktif, memang banyak menggunakan tenaga. Namun, ibu bapa hendaklah mengawal pertambahan berat supaya seimbang dengan ketinggian.
Penjagaan berat badan, khususnya bagi anak obes, adalah tanggungjawab seisi keluarga. Maknanya, bukan saja daripada segi pemilihan makanan seimbang, tetapi turut memb a b i tkan kegiatan harian yang aktif dan selalu bersenam.
Lebih baik jika ia dijadikan aktiviti keluarga bagi mengurangkan anak menghabiskan terlalu banyak masa di depan komputer dan televisyen.
Individu yang mengalami masalah berat badan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada pakar pemakanan di WMIC, selain menjalani analisis berat dan kandungan lemak dalam badan.
Tiga kaedah digunakan iaitu melalui penentuan Indeks Jisim Tubuh (BMI), saringan kandungan lemak badan dan ukuran pinggang yang disaran dilakukan setiap bulan.
Mengapa ukuran pinggang juga penting? Individu boroi perlu ambil perhatian. Boroi bukan saja tidak cantik, tetapi ia petanda bahaya. Ini kerana kebanyakan organ penting ada di sini dan kehadiran lemak berlebihan boleh menjejaskan fungsi organ berkenaan lalu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.
“Tiada jalan mudah untuk kurus. Ia perlukan masa, kesabaran dan disiplin menjaga makan serta bersenam. Jangan terpengaruh dengan iklan ubat kurus badan, terutama pil dan herba yang tidak diiktiraf kerajaan.
“Jika masih mahu ambil pil kurus, pastikan ia di bawah seliaan doktor. Berbincang dengan doktor mengenai hal ini dan pastikan juga anda faham kesan sampingan setiap ubat. Jangan bahayakan kesihatan semata-mata ingin cepat kurus,” katanya
Makanan berserat bantu usus berfungsiOleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
HIDANGAN masakan berasaskan daging dan ayam menjadi sajian utama pada musim perayaan. Sebut saja, semuanya ada, tetapi jarang tuan rumah menyediakan hidangan berasaskan sayur-sayuran.
Jika ada pun, mungkin sayur campur yang dimasukkan dalam masak lodeh.
Malah, di rumah sendiri pun, dalam sibuk menyediakan hidangan raya, ada yang terlupa memasak sayur.
Komposisi makanan yang ada di atas meja makan dimonopoli protein (daripada daging dan ayam), lemak dan karbohidrat. Sedangkan serat (sama ada daripada sayur-sayuran, buah-buahan atau kekacang) seolah-olah terpinggir seketika.
Jadi, tidak hairan jika pada musim perayaan ini ada yang mengadu mengalami masalah sukar ke tandas, walaupun banyak makan.
Bagaimanapun, ada juga yang asyik berulang ke tandas kerana perut ‘terkejut’ menerima banyak makanan dalam masa singkat selepas berehat sebulan.
Sebenarnya, semakin kita berusia, keperluan terhadap serat makin bertambah untuk memastikan usus boleh berfungsi dengan baik dan mengelakkan sembelit.
Orang dewasa memerlukan antara 20 hingga 35 gram serat setiap hari. Jumlah ini sebenarnya bukan banyak sangat, tetapi bagi orang yang jarang makan sayur dan buah, ia kelihatan satu syarat berat untuk dipenuhi.
Serat adalah bahagian makanan yang tidak boleh dicernakan. Ada dua jenis serat, iaitu larut air dan tidak larut air.
Serat yang tidak larut air membantu pergerakan bahan dalam usus dan meningkatkan jumlah najis yang dibuang.
Ia sangat berguna kepada individu yang sering mengalami masalah sembelit dan waktu buang air besar tidak tetap.
Bahkan, bagi mereka yang menghadapi masalah najis cair, serat akan membantu memekatkan najis kerana ia boleh menyerap air berlebihan.
Manakala serat larut air pula akan membentuk bahan seperti gel. Ia juga ada fungsi penting, iaitu membantu merendahkan paras kolesterol dan glukos dalam darah. Serat larut air boleh diperoleh daripada oat, kacang, kekacang, epal, buah-buahan limau dan barli.
Kandungan serat berbeza mengikut jenis makanan yang anda ambil. Jadi, untuk kesihatan dan mendapat faedah maksimum, anda disarankan supaya mempelbagaikan sumber serat.
Orang yang bercadang mengurangkan berat badan juga disaran mengambil lebih banyak serat dalam diet mereka.
Ini kerana makanan berserat tinggi memerlukan lebih masa untuk dikunyah dan ini secara tidak langsung memberi peluang badan untuk mengenal bahawa, dalam proses mengunyah yang agak lama ini, anda sebenarnya sudah hilang lapar.
Selain itu, makan makanan yang kaya serat akan menyebabkan kita cepat rasa kenyang bagi tempoh lama, walaupun ia mengandungi kurang tenaga.
Faktor masa mengunyah dan rasa kenyang ini secara tidak langsung mengelakkan anda daripada makan banyak.
Soalnya, berapa banyak serat diperlukan setiap hari? Menurut Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Mastari Mohamad, setiap hari orang dewasa memerlukan antara 25 gram hingga 30 gram serat yang mesti diambil daripada pelbagai sumber.
Dalam erti kata lebih mudah, seseorang itu perlu mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari.
Namun, serat juga boleh diperoleh daripada roti mil penuh (berserat tinggi), kekacang, kacang dan bijirin.
Keperluan ini tidak harus dipandang ringan, terutama bagi orang yang menghidap masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol darah tinggi, kerap mengalami sembelit atau mempunyai jadual ke tandas yang tidak teratur.
Sebenarnya, kita ada banyak peluang untuk memenuhi keperluan serat harian.
Jika makan di restoran misalnya, pilihlah jus buah berbanding minuman berkarbonat.
Ketika membuat pesanan, minta supaya buah dikisar itu tidak ditapis, sebaliknya dihidangkan semuanya kepada anda. Bahagian yang ditapis dan biasanya dibuang itulah serat yang diperlukan badan.
Ada juga orang mengambil pil makanan tambahan serat untuk memenuhi keperluan harian, tetapi lebih baik jika sumber ini diperoleh daripada makanan segar kerana harganya jauh lebih murah dan ia menggalakkan tabiat pemakanan yang sihat.
Malah, pil serat tidak membekalkan vitamin, mineral dan khasiat lain yang ada dalam makanan. Bagaimanapun, individu yang mengalami masalah kekurangan serat atau penyakit tertentu boleh mengambil pil.
Jika dapat, ambil lebih banyak makanan yang tinggi kandungan seratnya secara berdikit-dikit.
Ramai orang mengalami masalah kembung, sakit perut atau terlalu kenyang apabila makan banyak makanan berserat tinggi. Rahsianya, mudah. Amalan makan makanan kaya serat perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Buat perubahan kecil dalam diet harian anda. Mulakan dengan menambah satu atau dua hidangan serat (contohnya satu potong buah dan setengah cawan sayur) sehari.
Jika perubahan ini tidak mendatangkan masalah, kuantitinya boleh ditambah.
Pada masa sama, jangan lupa minum air secukupnya; sekurang-kurangnya satu liter atau lapan gelas sehari.
Penambahan air harus seimbang dengan pengambilan serat bagi melancarkan perjalanan proses yang berlaku dalam usus.
PANDUAN MENAMBAH KANDUNGAN SERAT DALAM SAJIAN HARIAN
-Makan sarapan berasaskan bijirin penuh seperti oat, jagung dan capati.
-Pilih roti, biskut, pita atau bijirin sarapan pagi yang dilabel ‘mil penuh’.
-Gantikan beras putih dengan beras perang. Beras perang mengandungi banyak serat dan menjadi putih apabila bahagian serat dibersihkan. Jika tidak dapat, campurkan beras putih dengan beras perang.
-Pilih makanan berasaskan legum (kacang) seperti tauhu, tempe dan kacang panggang beberapa kali seminggu.
-Makan kekacang atau biji-bijian (contohnya minum air selasih atau makan makanan mengandungi bijan) beberapa kali seminggu.
-Jadikan buah sebagai snek, terutama ketika menonton televisyen.
-Amalkan makan ulam.
-Makan setengah cawan sayur setiap kali makan nasi tengah hari atau malam.
-Akhiri hidangan tengah hari atau malam dengan sepotong atau sebiji buah.
Satu hidangan serat bersamaan dengan:- 1/2 cawan sayur- 1/2 cawan buah- 1/2biji jambu batu- 1 biji oren, epal, pir, pisang- 1 potong betik, nanas, tembikai
Petanda barah ususOleh ASMIZAN MOHD SAMIRANmizan@hmetro.com.my
JANGAN ambil mudah jika pernah berdepan situasi ini — darah keluar dari dubur ketika buang air besar.
Sama ada darah itu berwarna merah atau hitam dan bercampur najis, atau semata-mata darah yang keluar dari dubur, ia petanda utama seseorang itu berisiko menghidap kanser usus besar.
Lebih membimbangkan jika petanda itu turut disertai perubahan tabiat ke tandas daripada sehari kepada tiga hingga empat kali sehari dan berasa tidak selesa.
Seperti dipaparkan dalam rancangan Medik TV episod 14 semalam, tiada jalan pintas untuk bebas daripada belenggu petanda seperti itu, melainkan membuat pemeriksaan doktor dan menjalani pembedahan.
Jika terus alpa, natijahnya ia berisiko untuk berlarutan ke tahap ketiga sehingga ke tahap terakhir yang memerlukan rawatan kemoterapi atau berdepan risiko sukar disembuhkan.
Pakar Bedah Am Hospital Pakar Johor, Johor Bahru, Dr Ballan Kannan, berkata kebanyakan kanser usus besar berlaku di bahagian rectum dan sigmoid colon.
Katanya, berdasarkan pengalamannya, dua daripada setiap tiga kes memb a b i tkan bahagian berkenaan.
“Selebihnya boleh berlaku di mana-mana tempat sepanjang usus besar, terutama di bahagian cecum dan tranverse colon,” katanya yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembedahan, terutama memb a b i tkan kanser usus besar.
Ballan berkata, faktor usia, cara pemakanan tidak betul, keturunan dan ketumbuhan polip (sejenis ketumbuhan yang tumbuh pada dinding usus besar) yang berubah menjadi kanser adalah penyumbang kepada penyakit kanser usus besar.
Katanya, penyakit ini lazimnya menyerang mereka yang berusia 50 tahun ke atas, berbangsa Cina dan mempunyai latar belakang keluarga yang pernah menghidap kanser.
“Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berisiko perlu membuat kolonoskopi screening (pemeriksaan bahagian dalaman seluruh kolon dan rektum menggunakan alat bercahaya fibre optik mudah lentur yang dimasukkan melalui dubur) sebulan sekali.
“Pemeriksaan itu dapat mengesan ketumbuhan pada usus besar dan berkeupayaan membuang polip,” katanya.
Ballan berkata, golongan berisiko menghidap penyakit itu digalakkan tidak memakan makanan berkarbohidrat tinggi, sebaliknya memperbanyakkan makanan serat.
Dalam episod 14 semalam, seorang pesakit kanser usus besar berusia awal 50-an bertindak bijak apabila melakukan pemeriksaan selepas menyedari ada yang tidak kena pada dirinya.
Pesakit yang enggan dikenali itu berdepan petanda kanser usus besar dan pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidapnya, tetapi masih di peringkat awal.
Ballan berkata, jika kanser berjaya dikesan di peringkat awal, bentuk rawatan paling sesuai adalah pembedahan.
Katanya, selain kolonoskopi, pesakit perlu melalui pemeriksaan echocardiogram sebelum menjalani pembedahan.
“Tujuan pemeriksaan ini untuk mengesan keadaan jantung pesakit.
“Kebiasaannya, ujian ini disarankan oleh pakar sebelum atau selepas pembedahan dan hasil ujian dihantar kepada doktor terb a b i t (dengan pembedahan),” katanya.
Selepas pesakit menjalani dua pemeriksaan itu, pakar bius akan memainkan fungsi dalam membantu mengurangkan kesakitan pesakit selepas sedar daripada pembedahan.
Sebelum pembedahan dimulakan, insisi dibuat pada perut pesakit selepas kedudukan kanser di usus dikesan bagi memudahkan doktor mengeluarkan usus berkenaan.
Jika ketumbuhan pada kiri atau kanan usus, insisi melintang dilakukan tetapi jika ketumbuhan pada usus sebelah atas, insisi dilakukan dalam keadaan menegak.
Buang
Ballan berkata, pesakit dirawatnya dikesan ada ketumbuhan pada usus besar sebelah kiri dengan kedudukannya di bahagian hujung.
Katanya, sebahagian usus besar pada bahagian ini dibuang dan disambungkan semula.
“Usus besar dikeluarkan daripada perut supaya mudah diasingkan, manakala salur darah pada usus diikat dan diasingkan dengan teliti bagi mengelak kehilangan banyak darah.
“Lemak yang melekat pada usus besar perlu diasingkan, tetapi tidak perlu dibuang kerana ia berfungsi sebagai penebat usus,” katanya.
Untuk peringkat seterusnya, ketumbuhan dari usus akan dikeluarkan dan sel kanser yang terlekat di bahagian hujung akan dibersihkan.
Sejenis alat dikenali alat ditomi digunakan dan ia berfungsi sebagai alat pemotongan menggunakan arus elektrik yang mampu mengurangkan kerosakan pada salur darah serta masalah pendarahan.
Selepas itu, bahagian usus besar yang hendak disambung semula dibersihkan dan proses penyambungan dilakukan menggunakan sejenis alatan canggih, ’stapler usus’.
Ballan berkata, penggunaan stapler ini menggantikan kaedah jahitan dan ia lebih efisien, mudah dan cepat.
“Alat ini juga mampu mengurangkan risiko kebocoran pada usus selepas penyambungan,” katanya.
Justeru, mana-mana pesakit kanser usus besar yang takut menjalani pembedahan kerana beranggapan rutin harian mereka dibelenggu dengan kolostomi, iaitu beg yang dilekat pada bahagian luar badan, tidak perlu bimbang lagi.
Ini kerana, dengan penggunaan stapler ini, kolostomi tidak perlu digunakan lagi, malah penggunaannya hanya tiga peratus dan bersifat sementara.
Apabila selesai proses penyambungan itu, insisi di bahagian perut pesakit terb a b i t dijahit semula, manakala spesimen yang dikeluarkan akan dibawa ke makmal untuk ujian biopsy.